Wednesday, May 21, 2014

Raya oh raya.....

hai......
belum nak berpuasa  lagi dah cerita pasal raya heheheh
sebenarnya bukan apa rasa teruja nak pakai baju raya ( macam budak-budak kan......heee )
point utama nak cerita sebenarnya mengenai baju raya je....

pilihan tahun ni nak pakai baju kebaya..... dan tertumpu pada kebaya nyonya memang klasik
wawa suka sangat rekaan die..... simple.... lovely..... boleh dipakai  dengan jeans sebab tue nak beli sangat berbaloi dengan harga.....

pilihan utama wawa warna ungu, corak macam dalam gambar lovely.... 
bila dah minat tue tertarik pulak dengan asal usul baju kebaya nyonya ni....... asalnya mengatakan bahawa kebaya nyonya dari melaka dicipta  kali pertama oleh masyarakat peranakkan baba dan nyonya melaka dengan dipadankan dengan kain sarung batik serta kasut yang bermanik-manik cantik

mana kala Fabrik digunakan untuk membuat kebaya Nyonya dinamakan kasa rubia.yang mana Kain tenunan kosong ini jarang, ringan dan diperbuat daripada benang pintal yang halus.

Benang yang digunakan untuk menjahit fabrik biasanya benang sulaman mesin daripada kapas, sutera atau poliester. Pada zaman dulu, fabrik dan benang yang digunakan untuk membuat kebaya Nyonya daripada jenis bermutu paling tinggi dan diimport dari Eropah, sesuai dengan status Nyonya.


sunguh bersejarah kebaya ni... tertarik sangat-sangat tak sabo rasanya nak beli and pakai
tunggu pemakaian kebaya nyonya dari wawa ye kawan-kawan ..... ; )

No comments: